I'm a typo, are you?
I'm soon to be an engineer, a father and a grandfather.
Khamis, 4 Disember 2014
Sabtu, 2 Mac 2013
Candy Crush Saga
Dua tiga menjak ni banyak pula orang asyik tweet pasal tunggu nyawa, minta nyawa, jadi aku yang kehairanan ni, tanya lah si Hanis tadi, dia main benda sampai minta - minta nyawa bagai?Jadi perkenalkan aku dengan Candy Crush Saga ni.
Game ini sebenarnya sangat mudah , pada mulanyalah.Apa yang perlu ada menyusun candy candy itu mengikut warna dan jenis.Bunyinya sangat mudahkan? tapi cubalah main bila dah sampai level tinggi, tak ada mudah mana, susah juga sebenarnya.
Macam inilah rupa game tu, jadi apa yang anda perlu buat adalah mencapai markah atau misi yang telah di tetapkan sebelum anda boleh ke checkpoint yang seterusnya.Sekiranya anda , berjaya mara, anda akan di bawa ke peta yang menunjukkan level berapa yang ada berada sekarang.Contoh macam dekat bawah ni.
Haaa ke page peta ini, cuba tengok tu.Baru level 33(noob!!) , saya tak tahu ada berapa level semuanya, candy crush ini.Tapi saya akan pastikan saya akan sampai ke penghujungnya.Berkobar-kobar semangat.
Permainan ini ada untuk android dan iOS jadi bolehlah download sekarang dan ia adalah percuma.Saiz file dalam 34MB tak silap.Apa yang menariknya anda boleh linkkan kepada facebook dan kawan-kawan anda akan muncul di permukaan Map, jadi bolehlah anda compete sesama sendiri dan tengok siapa yang lebih hebat.
Saya baru start main dalam 5 jam yang lepas , mungkin sehingga tahap 33 , cabarannya masih kurang sebab itu mampu naik dengan cepat dan tepat... ataupun memang hebat? hehehe Okay kepada yang ingin berkongsi pengalaman bermain permainan ini bolehlah tinggalkan komen di ruangan di bawah.
Isnin, 18 Februari 2013
iMadeFace comel dan kelakar
Anda mesti perasan kan kebanyakan avatar atau default picture di twitter dan facebook kebanyakan di kartunkan? Ada yang menyerupai rupa si pemilik akaun, dan tidak kurang juga yang tak serupa langsung hehehe.Apa sebenarnya aplikasi yang di gunakan oleh mereka untuk mencipta avatar tersebut.Jawapannya ialah aplikasi imadeface.
Memerlukan sekurang-kurang iOs 6 untuk beroperasi, anda boleh mencipta jutaan dan ribuan avatar baru dari pilihan -pilihan yang di sediakan.Gunakan kreativiti anda untuk mencipta avatar yang stylo dan bersahaja.
Selain dari avatar untuk social networking ataupun jaringan sosial, anda boleh menggunakan avatar yang di hasilkan untuk default picture rakan-rakan anda di telefon.At least, tiada lah kebosanan dengan gambar yang biasa sahaja kan?
Di bawah ada beberapa contoh gambar yang di rembat dari google yang saya rasa dah menghampiri si pemilik muka asal.
Ini pula cubaan untuk membuat avatar yang berhijab.Saya tahu , tak cantik pun hahaha ^^
Dan terakhir sekali yours truly,
Aplikasi ini adalah percuma dan boleh di dapati di AppStore.So do enjoy your avatar.Cheerio.
Jumaat, 4 Januari 2013
Clash of clans
Permainan seperti Civilization,
Starcraft, Age of Empire memerlukan kemahiran dari semua aspek untuk
menilai situasi sekaligus menyelesaikan masalah yang datang.Mungkin ada
yang berpendapat permainan dari iOs tidak boleh bersaing dengan nama –
nama besar yang lain.Chop, silap di situ.
Clash of Clans ini adalah untuk pemain
yang serius dan kreatif. Berapa banyak permainan dari iOs yang mempunyai
Wiki atau walkthrough mereka sendiri yang di penuhi dengan strategi dan
petua?Clash of clan mempunyai Wiki nya sendiri.Hebatkan?
Mungkin ada yang berpendapat permainan
ini untuk kanak-kanak kerana paparannya yang berwarna – warni dan
unit-unit dia yang comel, tetapi sebenarnya ia adalah satu permainan
strategi yang mencabar minda dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Dalam Clash of Clans ni, pemain memegang
peranan sebagai penghulu atau ketua sebuah kampong yang kecil.Matlamat
pemain adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berjaya yang boleh
mempertahankan diri , serta menyerang tentera musuh.Pemain perlu
mengawal penduduk untuk mengumpul sumber, membina pertahanan, melatih
tentera dan menaik taraf bangunan.
Salah satu cara untuk mengumpul sumber
adalah dengan menyerang perkampungan lain . Terdapat misi untuk single
player di mana anda boleh menyerang perkampungan troll .Bunyi menyerang
memang senang, tapi sebelum menyerang anda perlu memahami kekuatan dan
kelemahan setiap jenis unit, sama ada askar, pemanah, ahli sihir ataupun
naga.
Satu-satunya keburukan yang aku kurang
gemar dengan permainan ini, apabila kita menghantar unit ke medan
perang, dan unit itu masih lagi hidup, unit tersebut tidak akan kembali
ke perkampungan kita.Maknanya kalau korang hantar 10 ekor naga, dan 2
masih hidup, yang 2 tu tak akan datang balik.Okey ini sangat sucks kan?
Begitu juga apabila perkampungan kita di
serang.Askar –askar kita tidak akan mempertahankan perkampungan
kita.Kita Cuma perlu bergantung kepada meriam, menara wizard dan mortar
sahaja.Oleh itu pertahanan kampung tidak boleh di abaikan.
Walau bagaimana pun, setelah anda
membina Kubu Clan, anda boleh menyertai mana-mana Clan di dalam dunia
ini.Kelebihannya, anda boleh meminta askar dari ahli-ahli anda
sendiri.Askar – askar ini boleh mempertahankan kampung kita ataupun
boleh di jadikan bantuan ketika berperang.
Kepada yang suka kepada cabaran dan
berfikir, permainan ini memang sesuai untuk korang.Tambahan pula,
permainan ini percuma.Jadi apa lagi, muat turun sekarang ^^.
Tips untuk newbies : Pada permulaan
permainan, kampung anda tidak boleh di serang kerana terdapat
perlindungan di berikan kepada kampung baru.Jadi gunakan masa ini untuk
menguatkan wilayah jajahan anda.BEWARE:Kalau korang gatal pergi attack
kampung orang lain, perlindungan ini akan terbatal sendirinya.
Boleh download di sini Clash of Clans
Sabtu, 15 Disember 2012
LINE pengganti Whatsapp
Puuhhh~
Dah naik berhabuk blog ni sebab lama sangat dah tak update.Jadi hari
ini datang mood yang agak baik untuk menulis di pagi hari Sabtu yang
cerah, indah dan menawan plus sejuk yang mencengkam dada.Alhamdulillah,
hujan di pagi hari.
Beberapa
ketika yang lepas, aku mendapat beberapa, hurm, bukan setakat beberapa,
rasanya macam berpuluh-puluh (kalau tidak sampai ratusan) msg dari
rakan-rakan Whatsapp menyatakan Whatsapp akan mengenakan bayaran untuk
penggunanya.Tambahan pula terdapat error pada status whatsapp yang
menyebabkan lebih ramai orang kaget dengan khabar angin tersebut.
Kepada
yang mempunyai alternatif lain seperti BBM atau iMessage mungkin tidak
begitu risau dengan tindakan pihak aplikasi Whatsapp untuk mengenakan
bayaran ini, tapi kepada mereka yang sentiasa berhubung menggunakan
Whatsapp, ini mungkin amat merisaukan mereka.
Sama
ada khabar angin itu benar atau tidak, itu kena Tanya pihak whatsapp
sendiri.Apa yang ingin aku beritahu di sini adalah mengenai aplikasi
yang di namakan ‘LINE’.Apa itu ‘LINE’? sabar sikit boleh, baru nak tulis
kan ni?Prfft
Setiap
kali aku bertanya dekat orang “ko ada LINE?” rata – rata akan menjawab “
Ada, dua.Satu celcom, satu Maxis” Okey , dua-dua betul, tapi info
sebenarnya tak dapat di terima. Jadi dekat sini , aku nak perkenalkan
LINE.
LINE
ini adalah satu aplikasi yang sama seperti whatsapp korang pakai
tuTambahan pula, dengan LINE, korang boleh berLINE tanpa perlu
mendedahkan nombor telefon seperti whatsapp. *tips cinta: salah satu
cara untuk meminta nombor tanpa disedari adalah dengan meminta whatsapp.
Korang
hanya perlu meminta username untuk mula berhubung.LINE juga membolehkan
anda membuat panggilan telefon percuma (connection thru internet/wifi)
dan salah satu feature yang menarik LINE ini, tambahan kepada emoticon
yang sedia ada, LINE menawarkan sticker yang comel.
Sticker-
sticker ini boleh di jadikan ganti kepada emoticon yang selalu kita
gunakan sewaktu berchatting,bermesej dan berwhatsapp.Ratusan sticker di
sediakan (sesetengahnya perlu di beli) untuk para pengguna
LINE.Kadangkala sticker ini juga ditawarkan secara percuma untuk
beberapa waktu, seperti anda perlu meng add certain artist dan juga
memuat turun aplikasi tertentu.
LINE
juga menawarkan pilihan ‘timeline’ seperti facebook untuk mengupdate
status.*Tak pernah pakai pun, I’m here for the stickers actually
hahaha.Jadi kepada yang duk risau whatsapp yang mungkin akan di
charge,sila lah memuat turun LINE secara percuma.
Sebagai
tambahan, LINE juga mempunyai aplikasi untuk MAC dan juga Windows.Ini
bermakna anda boleh turut ber LINE menggunakan laptop dan PC.Anda Cuma
perlu mendaftar menggunakan email yang anda gunakan untuk mendaftar LINE
di telefon bimbit anda.
Ada
yang komen yang LINE agak lembab berbanding dengan Whatsapp.Mungkin ini
masalah bugs aplikasi atau connection internet.Tak boleh nak cakap
sebab aku tak mengalami masalah yang sama.Ada juga yang turut komen LINE
makan bateri dengan kadar yang cepat, get a powerbank will
you?smartphone mana yang tak cepat drain bateri.
* download LINE sekarang ^^
Labels:
aplikasi,
free call,
free message,
LINE,
message,
Naver,
networking,
smartphone
Langgan:
Catatan (Atom)