Permainan seperti Civilization,
Starcraft, Age of Empire memerlukan kemahiran dari semua aspek untuk
menilai situasi sekaligus menyelesaikan masalah yang datang.Mungkin ada
yang berpendapat permainan dari iOs tidak boleh bersaing dengan nama –
nama besar yang lain.Chop, silap di situ.
Clash of Clans ini adalah untuk pemain
yang serius dan kreatif. Berapa banyak permainan dari iOs yang mempunyai
Wiki atau walkthrough mereka sendiri yang di penuhi dengan strategi dan
petua?Clash of clan mempunyai Wiki nya sendiri.Hebatkan?
Mungkin ada yang berpendapat permainan
ini untuk kanak-kanak kerana paparannya yang berwarna – warni dan
unit-unit dia yang comel, tetapi sebenarnya ia adalah satu permainan
strategi yang mencabar minda dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Dalam Clash of Clans ni, pemain memegang
peranan sebagai penghulu atau ketua sebuah kampong yang kecil.Matlamat
pemain adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berjaya yang boleh
mempertahankan diri , serta menyerang tentera musuh.Pemain perlu
mengawal penduduk untuk mengumpul sumber, membina pertahanan, melatih
tentera dan menaik taraf bangunan.
Salah satu cara untuk mengumpul sumber
adalah dengan menyerang perkampungan lain . Terdapat misi untuk single
player di mana anda boleh menyerang perkampungan troll .Bunyi menyerang
memang senang, tapi sebelum menyerang anda perlu memahami kekuatan dan
kelemahan setiap jenis unit, sama ada askar, pemanah, ahli sihir ataupun
naga.
Satu-satunya keburukan yang aku kurang
gemar dengan permainan ini, apabila kita menghantar unit ke medan
perang, dan unit itu masih lagi hidup, unit tersebut tidak akan kembali
ke perkampungan kita.Maknanya kalau korang hantar 10 ekor naga, dan 2
masih hidup, yang 2 tu tak akan datang balik.Okey ini sangat sucks kan?
Begitu juga apabila perkampungan kita di
serang.Askar –askar kita tidak akan mempertahankan perkampungan
kita.Kita Cuma perlu bergantung kepada meriam, menara wizard dan mortar
sahaja.Oleh itu pertahanan kampung tidak boleh di abaikan.
Walau bagaimana pun, setelah anda
membina Kubu Clan, anda boleh menyertai mana-mana Clan di dalam dunia
ini.Kelebihannya, anda boleh meminta askar dari ahli-ahli anda
sendiri.Askar – askar ini boleh mempertahankan kampung kita ataupun
boleh di jadikan bantuan ketika berperang.
Kepada yang suka kepada cabaran dan
berfikir, permainan ini memang sesuai untuk korang.Tambahan pula,
permainan ini percuma.Jadi apa lagi, muat turun sekarang ^^.
Tips untuk newbies : Pada permulaan
permainan, kampung anda tidak boleh di serang kerana terdapat
perlindungan di berikan kepada kampung baru.Jadi gunakan masa ini untuk
menguatkan wilayah jajahan anda.BEWARE:Kalau korang gatal pergi attack
kampung orang lain, perlindungan ini akan terbatal sendirinya.
Boleh download di sini Clash of Clans