Ok,hari ini jom bercerita pasal iPad.Mungkin ada yang pernah mendengar namanya dan mungkin juga ada yang telah membelinya.Bagi kawan iPad ini macam versi besar bagi iPod Touch.iPad datang dalam pelbagai kapasiti dan iPad milik kawan datang dengan kapasiti 64gig dengan wifi and 3g. Buat pengetahuan umum, iPad 1 ini adalah generasi pertama manakala sekarang yang sibuk di perkatakan adalah kemunculan iPad 2 yang jauh lebih hebat dari iPad 1 ini, tapi apa salahnya kita bercerita tentang iPad 1 ini kan, tambahan pula, iPad 1 lebih mudah didapati dan harganya lebih berpatutan.
Okeylah mari kita bercerita sedikit tentang fungsi-fungsi yang ada untuk iPad ini.
- Web browsing - jadi kepada kengkawan yang mempunyai masalah penglihatan tu, boleh lah melayari website dengan lebih selesa.
- iBook-salah satu fungsi baru yang diperkenalkan untuk membaca.Pengalaman seakan-akan membaca buku yang asli.Pautan ke iBookstore juga memudahkan untuk urusniaga membeli buku.
- Email:Email kini lebih mudah di tulis , di periksa dan di kemaskini.
- Backup:Anda boleh menyimpan backup contact,dan juga photo di dalam iPad.
Secara umumnya, iPad menawarkan fungsi yang sama seperti iPod Touch dan iPhone.Cuma dengan skrin yang lebih besar ia menawarkan pengalaman yang berbeza.Walaupun ada sesetengah pihak beranggapan iPad boleh menggantikan laptop tapi bagi kawan, banyak lagi improvement perlu di buat sebelum ia mampu untuk menggantikan laptop dan komputer.
Berkaitan dengan aplikasi, terdapat lebih daripada 60 ribu aplikasi yang boleh di muat turun kan ke iPad.Hanya dengan menuju laman web iTunes, anda boleh memuat turun pelbagai jenis aplikasi dan beribu jenis lagu serta movie di situ.Jadi apa tunggu lagi , grab one today.
iPad 1 boleh di dapati serendah rm1199 dengan kapasiti 16gig, sehinggalah rm2199 dengan kapasiti 64gig berserta 3g dan wifi.
Satu dah cukup, tapi kalau nak beri dekat orang yang tersayang apa salahnya ada extra kan?
I'm a typo, are you?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan