Sabtu, 14 Mei 2011

Jimatkan data usage anda

Hello World!!! Sekali lagi kita bertemu di dunia maya.Di sini kawan ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu aplikasi yang berguna kepada pengguna iPhone.

Pernah tak anda semua mendapat bil dan kadang-kala jumlahnya agak mengejutkan dan mendebarkan jantung?Mesti pernah kan?dan adakalanya soalan-soalan yang bermain di fikiran anda adalah "Bila pula, aku pakai banyak macam ini?tak ada pula aku call dan buat panggilan telefon ke mana-mana gf orang bulan ni, silap ni,".dan setelah di teliti dan di perhatikan betul-betul, semua jumlah itu adalah sumbangan daripada data usage bulanan anda.Kini anda tidak perlu bimbang lagi.

Sekumpulan pakar dari Onavo boleh membantu anda dengan cara meng'compress'kan data usage anda sebanyak 80% dan sekaligus, ii boleh membantu anda mengurangkan pembelanjaan telefon anda apabila anda yang memang jenis online 24 jam sehari.

It berfungsi dengan mengecilkan data di background iPhone anda dengan cara menghubungkan iPhone anda dengan Onavo's cloud system' yang bertindak sebagai agen pengecilan data.Apa yang anda perlu lakukan adalah launch kan Onavo, aktif kan sistem dan ia akan berfungsi secara automatic di background.Semua data usage anda dari setiap aplikasi ataupun aktiviti pelayaran internet akan di compresskan dan hasilnya anda menggunakan data usage yang lebih kecil daripada yang biasa.

Ini mungkin akan memanfaatkan mereka yang mempunyai limit bagi data plan mereka seperti 500mb sebulan atau 1Gb sebulan, tapi bagi mereka yang mempunyai unlimited data plan , mungkin aplikasi ini tidak di perlukan.

Onavo - App Savings Breakdown


Di bawah ini kawan telah sediakan video tentang iklan aplikasi ini, enjoy.


Aplikasi ini boleh di dapatkan secara percuma dari App Store. Anda boleh download aplikasi ini di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan