Rabu, 18 Januari 2012

iPhone 5?

Sedang dunia sedang sibuk dengan kemunculan iPhone 4s, kini muncul satu lagi konsep iPhone 5 yang mendayu-dayu di bawa angin.Mengikut khabar angin, iPhone5 akan di beri nama iPhone SJ sempena nama Steve Jobs.Agak pelik bunyinya di situ, tapi mungkin hanya idea yang di war-warkan oleh peminat iPhone.

Khabarnya di datangkan dengan pemproses dua teras A6, dan di lengkapi dengan kamera 10 megapixel.Reka bentuknya lebih nipis dan iPhone 4s.Cuma satu sahaja di khuatiri, sama ada telefon yang senipis ini , tidak mudah patahkah ia?Reka bentuk yang agak menarik berbanding sebelum.


Tapi seperti semua sudah sedia maklum, produk Apple yang sebenarnya hanya akan di ketahui semasa KEYNOTE di jalankan, jadi apa-apa produk yang mengaku bahawa ia produk Apple yang tulen adalah khabar angin semata-mata.

Sekiranya iPhone 5 adalah sebegini rupa, adakah anda akan memilikinya?kongsi pandangan anda di ruang komen.

I'm a typo, are you?

Sumber dipetik dari:ADR STUDIO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan