Selasa, 24 Januari 2012

Jailbreak iPad2 dan 4s


Setelah jailbreak untuk iPad2 dan 4s(untethered) keluar, kawan dapat banyak permintaan seperti "awak,tolong jailbreak untuk saya boleh?" yang agak banyak daripada bukan sahaja teman-teman di facebook, malah ada cuba menghubungi saya melalui email, dan sesetengahnya cuba untuk mendapatkan bantuan melalui IM,Skype dan pelbagai medium lagi.

Untuk menyenangkan kawan-kawan supaya tidak perlu bersusah payah untuk berjumpa dengan saya semata-mata ingin membuat proses jailbreak tersebut (sebab saya kena bayaran =p) jadi di sini saya sediakan arahan yang mudah untuk jailbreak.



Pertama sekali, ingin saya beritahu terlebih dahulu bahawa, terdapat 2 cara untuk jailbreak, satu menggunakan CLI dan satu lagi menggunakan Absinthe untuk iOs 5.0.1/iOs 5).

Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya telah menggunakan CLI untuk 4s saya , ini kerana CLI terlebih dahulu keluar berbanding dengan Absinthe.

CLI tools jailbreak

Note:hanya untuk pengguna Windows dan iPhone4s dan iPad 2 yag tidak memerlukan unlock.Dan pastikan anda men download iTunes terbaru 10.5.3 dan backup semua data sebelum bermula.Warranty anda akan terhapus sendirinya selepas anda membuat jailbreak.

Langkah 1: Download CLI tool dari sini dan save fail di c: drive.

Langkah 2: Klik dua kali atas CLI zip fail dan extract kandungannya.

Langkah 3: Sambung iPhone 4S anda ke komputer.

Langkah 4: Pergi ke command prompt di Windows komputer anda sebagai administrator.

Langkah 5: Guna (cd) command untuk menunjukkan dan membuka dokumen cinject_0.4.3 (tempat anda extract tadi).

Langkah 6: Keluarkan arahan berikut menggunakan command prompt:

cinject.exe -i payloads/jailbreak.mobileconfig

Langkah 7: Window akan menyuruh anda untuk Install Profile di iPhone. Klik Install, kemudian selepas klik Install Now button, diikuti Next (tak perlu password) kemudian tekan Done.

Langkah 8: Keluarkan arahan berikut di command prompt:

cinject.exe -j payloads

Langkah 9: Selepas memasukkan command di atas dengan jayanya(amboih), anda akan mendapat command prompt, masukkan arahan ini :

cinject.exe -w

Sekiranya berjaya, anda akan mendapat kembali command prompt. Sekiranya tak dapat, jangan risau, tunggu sehingga log yang tengah scroll tu berhenti.

Langkah 10: Buka Settings.

Langkah 11: Klik General, diikuti dengan Network dan tap VPN.

Langkah 12: Anda akan dapat VPN error (abaikan) dalam masa kurang dari satu minit, iPhone4s anda akan reboot dan pada masa yang sama, anda akan mendapat notis error di command prompt. Selepas reboot, anda akan mendapati icon Cydia di home screen. Tahniah anda berjaya jailbreak sendiri.

Secara asasnya, apa yang perlu anda buat ialah:

OPEN CMD
TYPE:CD DESKTOP
CD CINJECT_0.4.3
THEN…
3. execute the command: cinject.exe -i payloads/jailbreak.mobileconfig
4. execute the command: cinject.exe -j payloads
5. execute the command: cinject.exe -w
6.toggle the VPN switch in settings

Nota: Sekiranya anda mendapat Error 1266 lakukan ini

1. Do a backup in itunes
2. Go to phone settings-general-reset-erase all content and settings
3. After reboot/config done, exe the cinject commands.
4. After Jb, restore your contents from itunes again.

Ini akan memperbetulkan error tersebut.

Absinthe

Langkah 1: Download Absinthe di sini dan simpan application dalam folder bernama Abinthe.

Langkah 2: Klik dua kali di Absinthe fail zip dan bawa aplikasi tersebut ke dalam folder Absinthe.Pergi semula ke folder Absinthe dan klik launch.

Langkah 3: Selepas launch Absinthe, anda akan di suruh untuk menyambungkan iPhone 4S.

Langkah 4: Absinthe akan detect iPhone.Klik Jailbreak.

Selepas klik Jailbreak, ia akan update tentang perjalanan Jailbreak seperti:

"Beginning jailbreak" (akan mengambil masa lebih dari 10 minit untuk iPad 2, lebih cepat dengan 4s)

"Sending initial data" pada masa ini anda akan perhatikan "Restoring in Progress"mesej di iPhone 4S (ambil masa lebih dari 15 minit)

"Waiting for reboot"

"Waiting for device to finish rebooting" semasa iPhone 4S sedang reboot.

"Preparing jailbreak data"

"Sending payload data" (lebih dari 15 minit)

Langkah 5: Akhirnya anda akan di beritahu "Almost done " , kalau perlu, buka lockscreen dan klik "Jailbreak" icon.

Langkah 6: Unlock iPhone anda. Icon yang perlu anda cari ialah Absinthe icon bukan icon "Jailbreak", ia mungkin tidak berada di home page jadi anda boleh menggunakan Spotlight.

Langkah 7: Launch aplikasi Absinthe. Ia akan load site greenpois0n dan reboot iPhone 4S anda. Selepas reboot, anda akan melihat icon Cydia.

Tahniah, anda telah berjaya.

Jadi kepada semua , saya nasihatkan supaya berhati-hati ketika membuat jailbreak, pastikan anda membackup semua data-data anda.Selamat mencuba.Kongsi pengalaman anda di bawah.

I'm a typo, are you?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan