Jumaat, 20 Januari 2012
Path social network yang baru?
Bulan lepas setelah kawan membelek instagram, kawan terlihat satu post daripada Lisa Surihani, yup, si artis comel tu.Jadi sebab lisa pun main Path, kawan pun join main.Cari dan cari, akhirnya berjumpalah dengan Path.Dah siap install semua, mulalah menerokai Path ini.Path ini terdapat untuk pengguna android dan juga pengguna iPhone.
Kalau nak dikatakan pengalaman menggunakan Path berbanding social network yang lain boleh dikatakan adalah gabungan antara twitter/foursquare/instagram.Kelebihan untuk Path, adalah selain daripada lokasi, anda juga boleh berkongsi muzik apa yang anda sedang dengar, dan juga video.Path juga lebih laju dari twitter dari segi updating status, mungkin pengguna masih belum ramai.
Berbanding dengan social network yang lain, Path lebih berbentuk privasi kerana ia lebih merupai jurnal.Kalau tak silap saya, Path hanya membenarkan sebanyak 150 orang sahaja untuk berkongsi Path anda.Namun demikian, ini adalah sesuatu yang saya tidak pasti.
Sekiranya benar, Path memang di reka untuk privasi, bermaksud timeline anda hanya akan dilihat oleh orang yang benar-benar mengenali anda.Untuk pengalaman sendiri, anda boleh mendownload aplikasi ini sendiri dan kongsi pendapat anda di bawah.
I'm a typo, are you?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan