Ahad, 19 Jun 2011

Emoticon untuk Facebook


Hai kawan-kawan.Rasa lama kita tidak bersua,bukan apa, kawan agak sibuk dua tiga menjak ni dengan pelbagai aktiviti di kampung halaman.Bagaimana pembaca semua? sihat? Alhamdulillah. Semoga pembaca sekalian di rahmati Allah.


Apa topik yang ingin kawan postkan dalam entri kali ini?Ok topik ini mungkin sudah lama dan alzim bagi pengguna tegar halaman sosial, Facebook.Walaubagaimanapun, bagi yang baru hendak berjinak -jinak dengan facebook, boleh lah mengambil tips ini.Apa tips dia?Okey, tips dia adalah emoticon untuk facebook.


Emoticon.Apa itu emoticon?Pernah tak, kalau kawan-kawan tengah chatting , tiba-tiba ada keluar pelbagai jenis ekspresi muka?haaa, itulah yang dipanggil emoticon.kadang-kala , sesetengah halaman sesawang ini, dia ada menyediakan emoticon dia yang tersendiri.Kadang-kala siap animated lagi untuk menambahkan keseronokan untuk menggunakan emoticon - emoticon ini.Jadi di bawah ini saya telah sediakan panduan-panduan untuk menulis emoticon yang saya jumpa yang digunakan untuk facebook.



macam mana?dah pergi mencuba?kalau belum, boleh lah mencubanya sendiri punya pun.Rasa-rasanya sampai sini sahajalah,buat kali ini.Nanti kalau ada benda terbaru, kawan akan updatekan dengan pembaca semua.

I'm a typo, are you?