Sabtu, 2 Mac 2013

Candy Crush Saga



Dua tiga menjak ni banyak pula orang asyik tweet pasal tunggu nyawa, minta nyawa, jadi aku yang kehairanan ni, tanya lah si Hanis tadi, dia main benda sampai minta - minta nyawa bagai?Jadi perkenalkan aku dengan Candy Crush Saga ni.

http://1.bp.blogspot.com/-MapaS9uKoZk/UN-nW7fhj4I/AAAAAAAABsY/c34rRj64-9M/s1600/jaquette-candy-crush-saga-web-cover-avant-g-1334929525.jpg

Game ini sebenarnya sangat mudah , pada mulanyalah.Apa yang perlu ada menyusun candy candy itu mengikut warna dan jenis.Bunyinya sangat mudahkan? tapi cubalah main bila dah sampai level tinggi, tak ada mudah mana, susah juga sebenarnya.


Macam inilah rupa game tu, jadi apa yang anda perlu buat adalah mencapai markah atau misi yang telah di tetapkan sebelum anda boleh ke checkpoint yang seterusnya.Sekiranya anda , berjaya mara, anda akan di bawa ke peta yang menunjukkan level berapa yang ada berada sekarang.Contoh macam dekat bawah ni.


Haaa ke page peta ini, cuba tengok tu.Baru level 33(noob!!) , saya tak tahu ada berapa level semuanya, candy crush ini.Tapi saya akan pastikan saya akan sampai ke penghujungnya.Berkobar-kobar semangat.

Permainan ini ada untuk android dan iOS jadi bolehlah download sekarang dan ia adalah percuma.Saiz file dalam 34MB tak silap.Apa yang menariknya anda boleh linkkan kepada facebook dan kawan-kawan anda akan muncul di permukaan Map, jadi bolehlah anda compete sesama sendiri dan tengok siapa yang lebih hebat.

Saya baru start main dalam 5 jam yang lepas , mungkin sehingga tahap 33 , cabarannya masih kurang sebab itu mampu naik dengan cepat dan tepat... ataupun memang hebat? hehehe Okay kepada yang ingin berkongsi pengalaman bermain permainan ini bolehlah tinggalkan komen di ruangan di bawah.





Isnin, 18 Februari 2013

iMadeFace comel dan kelakar

Anda mesti perasan kan kebanyakan avatar atau default picture di twitter dan facebook kebanyakan di kartunkan? Ada yang menyerupai rupa si pemilik akaun, dan tidak kurang juga yang tak serupa langsung hehehe.Apa sebenarnya aplikasi yang di gunakan oleh mereka untuk mencipta avatar tersebut.Jawapannya ialah aplikasi imadeface.



Memerlukan sekurang-kurang iOs 6 untuk beroperasi, anda boleh mencipta jutaan dan ribuan avatar baru dari pilihan -pilihan yang di sediakan.Gunakan kreativiti anda untuk mencipta avatar yang stylo dan bersahaja.
Selain dari avatar untuk social networking ataupun jaringan sosial, anda boleh menggunakan avatar yang di hasilkan untuk default picture rakan-rakan anda di telefon.At least, tiada lah kebosanan dengan gambar yang biasa sahaja kan?

Di bawah ada beberapa contoh gambar yang di rembat dari google yang saya rasa dah menghampiri si pemilik muka asal.




 Ini pula cubaan untuk membuat avatar yang berhijab.Saya tahu , tak cantik pun hahaha ^^


 
Dan terakhir sekali yours truly,

Aplikasi ini adalah percuma dan boleh di dapati di AppStore.So do enjoy your avatar.Cheerio.

Jumaat, 4 Januari 2013

Clash of clans

Permainan seperti Civilization, Starcraft, Age of Empire memerlukan kemahiran dari semua aspek untuk menilai situasi sekaligus menyelesaikan masalah yang datang.Mungkin ada yang berpendapat permainan dari iOs tidak boleh bersaing dengan nama – nama besar yang lain.Chop, silap di situ.
Clash of Clans ini adalah untuk pemain yang serius dan kreatif. Berapa banyak permainan dari iOs yang mempunyai Wiki atau walkthrough mereka sendiri yang di penuhi dengan strategi dan petua?Clash of clan mempunyai Wiki nya sendiri.Hebatkan?
Mungkin ada yang berpendapat permainan ini untuk kanak-kanak  kerana paparannya yang berwarna – warni dan unit-unit dia yang comel, tetapi sebenarnya ia adalah satu permainan strategi yang mencabar minda dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Dalam Clash of Clans ni, pemain memegang peranan sebagai penghulu atau ketua sebuah kampong yang kecil.Matlamat pemain adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berjaya yang boleh mempertahankan diri , serta menyerang tentera musuh.Pemain perlu mengawal penduduk untuk mengumpul sumber, membina pertahanan, melatih tentera dan menaik taraf bangunan.
Salah satu cara untuk mengumpul sumber adalah dengan menyerang perkampungan lain . Terdapat misi untuk single player  di mana anda boleh menyerang perkampungan troll .Bunyi menyerang memang senang, tapi sebelum menyerang anda perlu memahami kekuatan dan kelemahan setiap jenis unit, sama ada askar, pemanah, ahli sihir ataupun naga.
Satu-satunya keburukan yang aku kurang gemar dengan permainan ini, apabila kita menghantar unit ke medan perang, dan unit itu masih lagi hidup, unit tersebut tidak akan kembali ke perkampungan kita.Maknanya kalau korang hantar 10 ekor naga, dan 2 masih hidup, yang 2 tu tak akan datang balik.Okey ini sangat sucks kan?
Begitu juga apabila perkampungan kita di serang.Askar –askar kita tidak akan mempertahankan perkampungan kita.Kita Cuma perlu bergantung kepada meriam, menara wizard dan mortar sahaja.Oleh itu pertahanan kampung tidak boleh di abaikan.
Walau bagaimana pun, setelah anda membina Kubu Clan, anda boleh menyertai mana-mana Clan di dalam dunia ini.Kelebihannya, anda boleh meminta askar dari ahli-ahli anda sendiri.Askar – askar ini boleh mempertahankan kampung kita ataupun boleh di jadikan bantuan ketika berperang.

Kepada yang suka kepada cabaran dan berfikir, permainan ini memang sesuai untuk korang.Tambahan pula, permainan ini percuma.Jadi apa lagi, muat turun sekarang ^^.
Tips untuk newbies : Pada permulaan permainan, kampung anda tidak boleh di serang kerana terdapat perlindungan di berikan kepada kampung baru.Jadi gunakan masa ini untuk menguatkan wilayah jajahan anda.BEWARE:Kalau korang gatal pergi attack kampung orang lain, perlindungan ini akan terbatal sendirinya.
Boleh download di sini Clash of Clans