Memaparkan catatan dengan label ios games. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ios games. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mac 2013

Candy Crush Saga



Dua tiga menjak ni banyak pula orang asyik tweet pasal tunggu nyawa, minta nyawa, jadi aku yang kehairanan ni, tanya lah si Hanis tadi, dia main benda sampai minta - minta nyawa bagai?Jadi perkenalkan aku dengan Candy Crush Saga ni.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlk_2kDD5bNhITXOtO44yNCJ4QOFGpmgQnRnPy-_zEgqdqdrkzHD1XDb6BdyYSbKNsa9HM04ri6yLmFtdkF-ecakwYisVD9pakQrOBTUm8KAGqsHb6-6PA2MRUA-b9zG9vTQ-ElAXdL-oW/s1600/jaquette-candy-crush-saga-web-cover-avant-g-1334929525.jpg

Game ini sebenarnya sangat mudah , pada mulanyalah.Apa yang perlu ada menyusun candy candy itu mengikut warna dan jenis.Bunyinya sangat mudahkan? tapi cubalah main bila dah sampai level tinggi, tak ada mudah mana, susah juga sebenarnya.


Macam inilah rupa game tu, jadi apa yang anda perlu buat adalah mencapai markah atau misi yang telah di tetapkan sebelum anda boleh ke checkpoint yang seterusnya.Sekiranya anda , berjaya mara, anda akan di bawa ke peta yang menunjukkan level berapa yang ada berada sekarang.Contoh macam dekat bawah ni.


Haaa ke page peta ini, cuba tengok tu.Baru level 33(noob!!) , saya tak tahu ada berapa level semuanya, candy crush ini.Tapi saya akan pastikan saya akan sampai ke penghujungnya.Berkobar-kobar semangat.

Permainan ini ada untuk android dan iOS jadi bolehlah download sekarang dan ia adalah percuma.Saiz file dalam 34MB tak silap.Apa yang menariknya anda boleh linkkan kepada facebook dan kawan-kawan anda akan muncul di permukaan Map, jadi bolehlah anda compete sesama sendiri dan tengok siapa yang lebih hebat.

Saya baru start main dalam 5 jam yang lepas , mungkin sehingga tahap 33 , cabarannya masih kurang sebab itu mampu naik dengan cepat dan tepat... ataupun memang hebat? hehehe Okay kepada yang ingin berkongsi pengalaman bermain permainan ini bolehlah tinggalkan komen di ruangan di bawah.





Ahad, 29 Januari 2012

Temple Run, Ringkas tapi mendebarkan


Pernahkah anda terfikir, apakah permainan yang mudah, ringkas tapi menyeronokkan berada di pasaran sekarang?Temple Run adalah jawapan kepada pertanyaan anda itu.Kawan telah beberapa ketika memuat turun permainan video ini selepas di sarankan oleh beberapa orang teman.Pertama kali kawan terlihat kelibat permainan ini di Instagram milik Farhani.Beliau kemudiannya mensarankan supaya mencuba sendiri permainan ini.Nyata, Temple Run sangat mencabar minda dan ketangkasan.Apa yang paling penting, Temple Run boleh di dapati secara percuma di App Store.


Apa yang perlu anda buat adalah menngatasi setiap halangan yang menghalang anda daripada terus berlari *skema kan? Okey, watak anda dalam permainan akan berlari, semakin jauh anda berlari, semakin tinggi markah anda , dan markah ini akan di hantar ke Game Centre dan akan mendapat kedudukan anda antara rakan-rakan , dan juga dunia.

Halangan -halangan seperti api, jurang, pokok, akar, dan tidak lupa juga kepada monyet yang setiasa mengejar anda, apabila anda tersandung ketika sedang berlari.Ini semua menambahkan perasaan cemas , dan sangat mengujakan.

Temple Run adalah sebuah permainan yang sangat ringkas tapi mempunyai ciri-ciri yang menarik dan saya pasti, anda akan mampu menghabiskan banyak masa untuk memecahkan rekod permainan ini.


Cuma satu peringatan, jangan sampai anda terlalu teruja, sehingga lupa nak makan.Selamat mencuba.

Oh kepada yang sudi boleh add akaun game centre kawan, Radin Fadli =).

I'm a typo, are you?