Sabtu, 16 April 2011

iPad


Ok,hari ini jom bercerita pasal iPad.Mungkin ada yang pernah mendengar namanya dan mungkin juga ada yang telah membelinya.Bagi kawan iPad ini macam versi besar bagi iPod Touch.iPad datang dalam pelbagai kapasiti dan iPad milik kawan datang dengan kapasiti 64gig dengan wifi and 3g. Buat pengetahuan umum, iPad 1 ini adalah generasi pertama manakala sekarang yang sibuk di perkatakan adalah kemunculan iPad 2 yang jauh lebih hebat dari iPad 1 ini, tapi apa salahnya kita bercerita tentang iPad 1 ini kan, tambahan pula, iPad 1 lebih mudah didapati dan harganya lebih berpatutan.


Okeylah mari kita bercerita sedikit tentang fungsi-fungsi yang ada untuk iPad ini.

  • Web browsing - jadi kepada kengkawan yang mempunyai masalah penglihatan tu, boleh lah melayari website dengan lebih selesa.
  • iBook-salah satu fungsi baru yang diperkenalkan untuk membaca.Pengalaman seakan-akan membaca buku yang asli.Pautan ke iBookstore juga memudahkan untuk urusniaga membeli buku.
  • Email:Email kini lebih mudah di tulis , di periksa dan di kemaskini.
  • Backup:Anda boleh menyimpan backup contact,dan juga photo di dalam iPad.

Secara umumnya, iPad menawarkan fungsi yang sama seperti iPod Touch dan iPhone.Cuma dengan skrin yang lebih besar ia menawarkan pengalaman yang berbeza.Walaupun ada sesetengah pihak beranggapan iPad boleh menggantikan laptop tapi bagi kawan, banyak lagi improvement perlu di buat sebelum ia mampu untuk menggantikan laptop dan komputer.

Berkaitan dengan aplikasi, terdapat lebih daripada 60 ribu aplikasi yang boleh di muat turun kan ke iPad.Hanya dengan menuju laman web iTunes, anda boleh memuat turun pelbagai jenis aplikasi dan beribu jenis lagu serta movie di situ.Jadi apa tunggu lagi , grab one today.


iPad 1 boleh di dapati serendah rm1199 dengan kapasiti 16gig, sehinggalah rm2199 dengan kapasiti 64gig berserta 3g dan wifi.
Satu dah cukup, tapi kalau nak beri dekat orang yang tersayang apa salahnya ada extra kan?

I'm a typo, are you?

Khamis, 14 April 2011

Final fantasy III



Final fantasy III adalah permainan video ketiga dari siri Final Fantasy yang dibawakan ke platform iPhone.Sebelum ini siri Final fantasy II ini telah di bawakan ke dalam pelbagai jenis platform seperti Game Boy Advance,Playstation 1 dan yang terbaru Nintendo DS.

Pertama kali dikeluarkan pada tahun 1990, final fantasy II adalah tajuk pertama dalam siri Final Fantasy mencatat penjualan sebanyak satu juta unit, sekaligus memberi peringatan bahawa RPG kalsik yang dihasilkan oleh Square Enix ini terus unggul.Remake dalam bentuk 3d penuh dikeluarkan apda tahun 2006 juga turut mengulangi kejayaan permainan asli dengan jualan sebanyak 1 juta unit di seluruh dunia.
Final fantasy III adalah hasil inovasi untuk keseluruhan siri, dari sistem kerja yang membolehkan watak memilih perubahan kelas pada bila-bila masa sehinggalah kemahiran untuk memanggil makhluk ajaib seperti Shiva dan Bahamut.


Pengembaraan bermula apabila kegelapan muncul dan empat pemuda yang di pilih oleh kristal untuk melakukan pengembaraan bagi bertujuan menyelamatkan dunia.

Kepada pengguna iPhone ataupun iPod Touch , bolehlah mendapatkan permainan video ini daripada iTunes.
Pada pendapat kawan,permainan video ini agak menarik kerana walaupun mungkin ada diantara pembaca yang pernah atau telah menghabiskan permainan ini ada di Playstation mahupun di Nintendo Ds, tapi pengalaman bermain di touchscreen, agak berlainan sentuhannya kalau dibandingkan dengan menggunakan joystick.Jadi apa salahnya mencuba permainan ini di iPhone ataupun iPod Touch sekali lagi.Kawan turut memuat turun permainan ini ke dalam iPad, dan pengalaman bermain di iPad adalah berlainan sama sekali.Jadi kepada pembaca dan rakan-rakan,jika da kelapangan amsa, bolehlah mencuba permainaan ini dan kawan pasti, permainan ini pasti mampu memcuri beberapa jam dari kehidupan kalian semua.

I'm a typo, are you?

Hello World

Hallo!!!! Hari ini adalah 14 haribulan April tahun 2011.Maka hari ini telah wujudnya satu blog hasil nukilan diri ini.Konsep sesebuah blog ini ada banyak.Ada yang bersifat diari dan ada bersifat informasi.Kawan bercita -cita ingin membangunkan satu blog untuk informasi tentang permainan video khususnya.Jadi kalau kawan ada bermain permainan video baru, kawan akan update kan postnya di sini.
Jadi pertama sekali kawan ingin memperkenalkan diri kawan, kawan ini ada pelbagai nama panggilan, kebanyakan yang telah mengenali kawan panggil kawan Princ3 , sebab kalau di tanya perlu ke panggil Princ3 jawapan kawan perlu yerp~
Tak kisah sebenarnya nak panggil apa pun sebenarnya.Seperti Url kawan, boleh juga panggil kawan radin atau fadli, haa itu nama glamour kawan di luar dunia maya.Jadi sekarang ini, kawan nak set upkan dulu akaun ini agak nampak kemas , tampan dan bergaya.Nanti barulah sedap mata anda semua nak memandangkan?Okey minta diri dulu yerp.

I'm a typo, are you?