Khamis, 14 April 2011

Final fantasy III



Final fantasy III adalah permainan video ketiga dari siri Final Fantasy yang dibawakan ke platform iPhone.Sebelum ini siri Final fantasy II ini telah di bawakan ke dalam pelbagai jenis platform seperti Game Boy Advance,Playstation 1 dan yang terbaru Nintendo DS.

Pertama kali dikeluarkan pada tahun 1990, final fantasy II adalah tajuk pertama dalam siri Final Fantasy mencatat penjualan sebanyak satu juta unit, sekaligus memberi peringatan bahawa RPG kalsik yang dihasilkan oleh Square Enix ini terus unggul.Remake dalam bentuk 3d penuh dikeluarkan apda tahun 2006 juga turut mengulangi kejayaan permainan asli dengan jualan sebanyak 1 juta unit di seluruh dunia.
Final fantasy III adalah hasil inovasi untuk keseluruhan siri, dari sistem kerja yang membolehkan watak memilih perubahan kelas pada bila-bila masa sehinggalah kemahiran untuk memanggil makhluk ajaib seperti Shiva dan Bahamut.


Pengembaraan bermula apabila kegelapan muncul dan empat pemuda yang di pilih oleh kristal untuk melakukan pengembaraan bagi bertujuan menyelamatkan dunia.

Kepada pengguna iPhone ataupun iPod Touch , bolehlah mendapatkan permainan video ini daripada iTunes.
Pada pendapat kawan,permainan video ini agak menarik kerana walaupun mungkin ada diantara pembaca yang pernah atau telah menghabiskan permainan ini ada di Playstation mahupun di Nintendo Ds, tapi pengalaman bermain di touchscreen, agak berlainan sentuhannya kalau dibandingkan dengan menggunakan joystick.Jadi apa salahnya mencuba permainan ini di iPhone ataupun iPod Touch sekali lagi.Kawan turut memuat turun permainan ini ke dalam iPad, dan pengalaman bermain di iPad adalah berlainan sama sekali.Jadi kepada pembaca dan rakan-rakan,jika da kelapangan amsa, bolehlah mencuba permainaan ini dan kawan pasti, permainan ini pasti mampu memcuri beberapa jam dari kehidupan kalian semua.

I'm a typo, are you?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan