Khamis, 26 Januari 2012

Sembunyikan mesej anda dengan HideEmAll

Semalam ada rakan lama bertanya kepada kawan, "ada tak aplikasi untuk menyembunyikan teks mesej dan gambar?".Mendengar sahaja kata-katanya, saya terus terfikir ini mesti kes 'nakal' ni.Jawapan saya kepada pertanyaan itu , ADA.

Memperkenalkan HideEmAll, iaitu salah satu aplikasi yang di tawarkan oleh Cydia.Ia membolehkan pengguna iPhone untuk menyembunyikan dan mendapatkan balik semua gambar-gambar dan teks mesej hanya dengan satu butang sahaja.

Aplikasi ini tidaklah begitu sukar digunakan, dengan hanya menghidupkan aplikasi
dan memasukkan kata laluan, SMS dan gamabr akan hilang dari telefon anda.

Langkah-langkah atau cara-cara untuk menyembunyikan boleh dibuat mengikut keselesaan anda.Anda boleh memilih untuk setkan cara pengaktifan dari Activator di dalam Setting.

Kata laluan default untuk mendapatkan kembali teks dan gambar anda adalah "password" tanpa quatation marks.Anda boleh menukar kata laluan tersebut , sekiranya anda inginkannya.Aplikasi ini cukup sesuai untuk mereka yang mementingkan privasi.Anda boleh dapatkannya di Cydia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan