Rabu, 25 Januari 2012

vWallpaper 2 , wallpaper 'hidup'!


vWallpaper, merupakan tweak yang membolehkan pengguna iPhone mempunyai wallpaper yang 'hidup'.berlainan dengan wallpaper yang original di mana hanya menunjukkan gambar pegun sahaja.Baru-baru ini vWallpaper telah di kemaskini dan sekarang boleh digunakan untuk oleh mereka yang menggunakan iOs 5.

Apple tidak membekalkan wallpaper 'hidup' dalam iOs yg di kemaskini oleh mereka, di sinilah pakar-pakar jailbreaker telah mengambil alih tugas tersebut dan memperkenalkan pakej tweak vWallpaper2.Ia boleh di download melalui Cydia melalui source http://repo.insanelyi.com di bawah pakej vWallpaper2.


Antara isu utama yang mendapat perhatian dari tweak ini adalah bateri cepat habis apabila tweak ini di pasang.Ini kerana untuk menjalankan proses sedemikian rupa, ia memerlukan kuasa bateri tambahan , dan ini akan menyebabkan bateri anda lebih cepat habis.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru, anda boleh mendapatkan pakej tweak vWallpaper2 ini di Cydia sekarang =).

I'm a typo, are you?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan