Ahad, 29 Januari 2012

Temple Run, Ringkas tapi mendebarkan


Pernahkah anda terfikir, apakah permainan yang mudah, ringkas tapi menyeronokkan berada di pasaran sekarang?Temple Run adalah jawapan kepada pertanyaan anda itu.Kawan telah beberapa ketika memuat turun permainan video ini selepas di sarankan oleh beberapa orang teman.Pertama kali kawan terlihat kelibat permainan ini di Instagram milik Farhani.Beliau kemudiannya mensarankan supaya mencuba sendiri permainan ini.Nyata, Temple Run sangat mencabar minda dan ketangkasan.Apa yang paling penting, Temple Run boleh di dapati secara percuma di App Store.


Apa yang perlu anda buat adalah menngatasi setiap halangan yang menghalang anda daripada terus berlari *skema kan? Okey, watak anda dalam permainan akan berlari, semakin jauh anda berlari, semakin tinggi markah anda , dan markah ini akan di hantar ke Game Centre dan akan mendapat kedudukan anda antara rakan-rakan , dan juga dunia.

Halangan -halangan seperti api, jurang, pokok, akar, dan tidak lupa juga kepada monyet yang setiasa mengejar anda, apabila anda tersandung ketika sedang berlari.Ini semua menambahkan perasaan cemas , dan sangat mengujakan.

Temple Run adalah sebuah permainan yang sangat ringkas tapi mempunyai ciri-ciri yang menarik dan saya pasti, anda akan mampu menghabiskan banyak masa untuk memecahkan rekod permainan ini.


Cuma satu peringatan, jangan sampai anda terlalu teruja, sehingga lupa nak makan.Selamat mencuba.

Oh kepada yang sudi boleh add akaun game centre kawan, Radin Fadli =).

I'm a typo, are you?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan