Khamis, 9 Februari 2012

Tweet land, di mana twitter menjadi realiti


Adakah anda seorang pengguna twitter yang tegar?Adakah anda suka tweet perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda?Adakah anda seorang yang menggunakan twitter untuk mendapatkan berita seperti sukan, dunia dan ekonomi?Pernahkah terdetik di hati anda sekiranya semua tweets itu menjadi kenyataan?Di sinilah datang Tweet Land.

Konsep permainan di Tweet Land sangat mudah dan ringkas.Anda hanya perlu membawa kereta kepunyaan anda dari garisan permulaan sehingga ke garisan penamat sambil mengelak kenderaan yang akan menghalang perjalanan anda.Ringkas bukan?jadi di manakah kaitannya permainan ini dengan twitter?

Pada setiap peringkat, permainan akan mengambil sesuatu hashtag atau # yang akan menjadi topik tweets.Tweets ini akan di ambil daripada pengguna twitter dari serata dunia, sama ada ia akan membantu anda atau pun akan menyusahkan anda.Ambil sebagainya contoh, seseorang menulis tweet tentang "We need to finish up our medicine to improve our #health", tweet ini akan menghasilkan "aid kit" untuk anda bagi menambah health anda, dalam usaha anda ke garisan penamat.Walau bagaiamanapun, sekiranya ada seseorang tweet " We hate #terrorist" , kenderaan pengganas akan muncul di dalm permainan , dan ini akan menyukarkan usaha anda untuk sampai ke garisan penamat.



Secara keseluruhan, Tweet Land adalah permainan yang ringkas tapi kreatif.Kreatif dari segi idea tapi kalau dilihat dari sudut kepermainan dan grafik, tidaklah begitu memberangsangkan.Walau bagaimanapun, bagi kawan, tweet Land agak menyentuh sedikit isu sensitiviti. Kerana tweet diambil terus daripada twitter, sekiranya terdapat orang tweet tentang 'car crash' jadi sebuah kereta akan muncul dan melanggar ke kereta yang lain.Kenapa saya katakan ia sensitif? kerana dari carian yang kawan perolehi,ia di ambil daripada "retweet" sebuah kempen untuk menggumpul dana untuk seorang gadis yang kehilangan ibubapanya di dalam car crash di Florida.

Sudah pasti tweet land tidak dapat membuat sebarang perbezaan dan pertimbangan sebelum membuatkan adegan tersebut di dalam permainannya, tapi ia menyebabkan kawan merasa agak janggal kerana bermain permainan yang menggunakan tragedi seseorang sebagai salah satu adegan dalam jalan permainannya.

Agak sukar untuk mensyorkan pemainan ini kecuali kepada mereka yang ingin tahu bagaimana Tweet land menggunakan Twitter sebagai sumber corak permainannya.Jadi walau apa pun, permainan ini boleh di dapati di iTunes.

Sekiranya anda memuat turun permainan ini dan ingin kongsi pengalaman anda, bolehlah kongsi di ruang komen.

I'm a typo, are you?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan