Sabtu, 11 Februari 2012

Match Mayhem mencabar ketangkasan


Terdapat pelbagai jenis permainan video untuk iOs pada hari ini sehinggakan sukar untuk memilih yang mana satu untuk di muat turun dan di mainkan.Selalunya, permainan video akan mendapat rating yang tinggi sekiranya jalan penceritaan, grafik dan muziknya mantap.Walau bagaimanapun, terdapat permainan video yang ringkas seperti Tetris dan Find the Difference yang masih menjadi kegemaran di kalangan peminat-peminat permainan video.Memperkenalkan Match Mayhem.

Corak permainan Match Mayhem adalah mudah dan ringkas.Anda hanya perlu memadankan gambar yang diberikan dengan gambar yang di 'generate'kan secara rawak.Dengan memadankan gambar yang sama dalam masa yang di berikan, anda akan mendapat markah.Mudah bukan?Begitu juga apa yang kawan fikirkan pada mulanya.

Seperti permainan lain, Match Mayhem menawarkan tahap kesukaran iaitu "easy', ' medium', dan 'hard'.Pada permulaan, kawan merasakan permainan ini agak mudah, tapi selepas memilih tahap kesukaran 'hard' di sinilah ketangkasan seseorang pemain akan di cabar.


Secara keseluruhannya, Match Mayhem , adalah sebuah permainan video yang ringkas tapi memerlukan ketangkasan dan kordinasi yang baik antara jari dan mata pemain.Sekiranya anda inginkan sebuah permainan yang bercorak santai tapi menguji ketangkasan, Match Mayhem mungkin untuk anda.Match Mayhem boleh di muat turun di sini.

Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman anda bermain Match Mayhem, anda boleh kongsikannya di bawah.

I'm a typo, are you?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan