Rabu, 22 Februari 2012

Pudding.to alternatif untuk instagram






Pada mulanya, apabila kawan bertembung dengan Pudding.to , kawan ingatkan nama sebuah pemanis mulut.Namanya dah pun pudding kan?Pudding.to merupakan salah satu alternatif kepada instagram kerana ia juga boleh didapati untuk pengguna android.Walaupun sudah beberapa bulan instagram dikatakan akan keluar untuk platform android, tapi kita hanya boleh terus berharap.Buat sementara marilah kita membongkar kelebihan Pudding.to

Seperti Instagram, Pudding.to memberi anda peluang untuk berkongsi gambar anda bersama dengan rakan-rakan.Anda boleh membuat pilihan untuk mengikuti rakan-rakan yang turut mempunyai aplikasi ini.Ia juga memberi kemudahan dari segi perkongsian pautan gambar ke halaman web facebook dan twitter yang membolehkan anda berkongsi gambar di Pudding.to anda.

Pudding.to menawarkan 15 filters yang membolehkan anda memanipulasikan gambar-gambar anda mengikut kegemaran dan kesukaan si penangkap gambar.Terdapat beberapa kelainan yang ditawarkan oleh Pudding.to kepada para pengguna berbanding dengan Instagram.

Diantaranya, anda boleh berkongsi 'mood' atau perasaan ketika sesebuah gambar itu di ambil seperti gembira, sedih, 'selok', 'poyo' berparti, murung danbeberapa lagi 'mood' yang ditawarkan.Ini sedikit sebanyak boleh membantu anda mengingatkan kembali keadaaan atau pun perasaan anda sewaktu sesebuah gambar itu di ambil.

Anda juga boleh berkongsi muzik yang mengggambarkan suasana sesebuah gambar itu juga.Selain daripada berkongsi, anda turut boleh mengenal pasti pengguna lain yang mempunyai kegemaran muzik dan berkongsi mood anda.

Masih terlalu awal untuk kawan komen tentang Pudding.to .Walaupun kawan lebih kepada instagram person, tidak salah memberikan peluang untuk aplikasi lain untuk menonjolkan diri.Dan apa yang lebih penting, kawan boleh berhubung dengan rakan-rakan yang menggunakan Android yang turut meminati bidang fotografi.Pudding.to boleh di dapati secara percuma di AppStore.

Sekiranya anda salah seorang pengguna Pudding.to, bolehlah kongsi pengalaman anda di ruangan komen.
Anda boleh meng add kawan di Pudding.to (radinfadli) dan juga instagram(radinfadli).

I'm a typo, are you?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan