Memaparkan catatan dengan label game. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label game. Papar semua catatan

Ahad, 29 Januari 2012

Temple Run, Ringkas tapi mendebarkan


Pernahkah anda terfikir, apakah permainan yang mudah, ringkas tapi menyeronokkan berada di pasaran sekarang?Temple Run adalah jawapan kepada pertanyaan anda itu.Kawan telah beberapa ketika memuat turun permainan video ini selepas di sarankan oleh beberapa orang teman.Pertama kali kawan terlihat kelibat permainan ini di Instagram milik Farhani.Beliau kemudiannya mensarankan supaya mencuba sendiri permainan ini.Nyata, Temple Run sangat mencabar minda dan ketangkasan.Apa yang paling penting, Temple Run boleh di dapati secara percuma di App Store.


Apa yang perlu anda buat adalah menngatasi setiap halangan yang menghalang anda daripada terus berlari *skema kan? Okey, watak anda dalam permainan akan berlari, semakin jauh anda berlari, semakin tinggi markah anda , dan markah ini akan di hantar ke Game Centre dan akan mendapat kedudukan anda antara rakan-rakan , dan juga dunia.

Halangan -halangan seperti api, jurang, pokok, akar, dan tidak lupa juga kepada monyet yang setiasa mengejar anda, apabila anda tersandung ketika sedang berlari.Ini semua menambahkan perasaan cemas , dan sangat mengujakan.

Temple Run adalah sebuah permainan yang sangat ringkas tapi mempunyai ciri-ciri yang menarik dan saya pasti, anda akan mampu menghabiskan banyak masa untuk memecahkan rekod permainan ini.


Cuma satu peringatan, jangan sampai anda terlalu teruja, sehingga lupa nak makan.Selamat mencuba.

Oh kepada yang sudi boleh add akaun game centre kawan, Radin Fadli =).

I'm a typo, are you?

Rabu, 18 Januari 2012

Rempit WHACK!! di AppStore

Permainan video ini sudah berada di pasaran sejak dari tahun lepas, ye, ye, kawan baru menemui ia ini selepas melihat di instagram.Dari sehari-sehari nak post, tak post -post juga.Okey kita lupakan sahaja yerp.

Mengikut tajuk, mungkin ada yang salah sangka dengan permainan video untuk ioS ini.Sebenarnya permainan video ini menggunakan mat rempit sebagai watak utamanya.Sebuah permainan yang bagi kawan, agak simple, tapi satu usaha yang baik dari Karuna John Sugumaran Krishnasamy.Kita harapkan lebih banyak lagi produk yang dapat dihasilkan oleh beliau.


Objektif game ini adalah sangat mudah iaitu anda hanya perlu menghalang Mat Mat rempit ini dari melintasi screen iPhone anda.Kinda of remind me of Mosquito game awhile back when I was still using my nokia 6600.Jadi kepada yang ingin merasakan pengalaman bermain bersama mat rempit bolehlah memuat turun game tersebut di sini.

I'm a typo, are you?

Sabtu, 14 Mei 2011

High noon

Salam satu malaysia semuanya, hari ini kawan nak bercerita tentang satu aplikasi yang kawan rasa amat menyeronokkan untuk dimainkan bersama kawan, sahabat,musuh, dan juga tokey kedai tayar.Aplikasi ini ataupun boleh di kategorikan sebagai permainan video ini di namakan HIGH NOON.Ia adalah sebuah permainan online khas untuk iPhone dan juga iPod Touch.

Untuk pengetahuan anda , High Noon adalah real time multiplayer game,oleh itu anda memerlukan capaian ke internet untuk permainan ini.Bagi kawanlah permainan ini adalah antara yang terbaik untuk iOS.Apa yang menariknya game ini di offer pada harga yang sangat murah, FREE..ya , you heard me right, FREE.

Kita akan bermula dengan level 1 gunslinger dan sepucuk pistol 6 peluru .Tapi bayangkan dalam masa beberapa ketika anda boleh membeli sniper rifle dan juga tepung bagi anda yang suak bermain secara kotor.Permainan ini berfungsi dengan satu sistem yang amat mudah.Mula-mula anda akan ditempatkan di lobi bersama dengan pemain yang mempunyai level yang setaraf dengan anda, dan dari situ anda boleh mengajak mereka semua berduel, ataupun menggunakan pilihan Wild Cat Challenge untuk mendapatkan musuh secara rawak.Tak kiralah macam mana pun, anda kemudian akan ditempatkan di High Noon Gulch, di mana hidup dan mati bergantung kepada setiap peluru yang anda lepaskan.

Salah satu keunikan game ini adalah cara anda memegang senjata anda.The iPhone must be tipped upside down and held at your side.Music western ala-ala filem cowboy akan dimainkan. Apabila loceng di bunyikan, draw your iphone dan anda boleh mula bermain.Secaranya asasnya ia amatlah mudah, tapi sangat addictive.

kalau anda menang anda akan mendapat emas dan ia boleh digunakan untuk beli baju, seluar,boot,topi , senjata yang lebih canggih dan pelbagai benda lagi.Anda boleh letakkan rakan-rakan di dalam shitlist,jadi kalau anda melihat mereka tengah online bolehlah ajak berduel.

Tapi perlu diingatkan , dengan kawan yang ramai dan permainan yang sangat addictive ini , iPhone anda mungkin akan bergegar sepanjang masa dengan push notification.Oh anda juga boleh send telegram dekat kawan-kawan , kalau anda jenis suka menganjing/ trash talking omputih kata.

So apa tunggu lagi donwload lah jom!!

I'm a typo, are you?