Khamis, 26 Januari 2012

Sireet, tweet menggunakan Siri



Anda mungkin mempunyai akaun twitter dan menghabiskan masa dengan menaip apa yang ingin di kongsikan di halaman 'burung biru' ini.Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah tidak mustahil untuk berkongsi tweet dengan hanya bercakap tanpa menaip?Bagi anda yang merupakan hardcore atau di gelar 'tahi twitter' tweak ini mungkin amat berguna untuk anda.

Memperkenalkan Sireet,tweak terbaru yang membolehkan anda untuk mengapai impian anda yang di rasakan mustahil, khas untuk pengguna iPhone4s.Apa yang perlu di buat selepas meng install kan Sireet ke dalam iPhone anda, anda hanya mengeluarkan arahan "tweet", diikuti dengan apa yang anda ingin 'tweet'kan dan Sireet akan lakukan yang selebihnya.Siri juga akan memberitahu anda apabila tweet berjaya dihantar ke server.Video tentang Sireet boleh dilihat di sini.

Dulu:Tak boleh Kini:Boleh

Jadi sesiapa yang merupakan tahi twitter silalah mencuba aplikasi ini, pasti anda akan terkejut dan berasa kagum dengannya.Apa-apa pun kongsi pengalaman anda di ruang komen.

I'm a typo,are you?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan