Selasa, 24 Januari 2012

SiriToggles arahan tambahan untuk Siri


Apa yang diinginkan oleh semua pengguna yang mempunyai iPhone4s?sudah tentu jikalau boleh, Siri boleh memahami dan melaksanakan lebih banyak arahan daripada apa yang di tawarkan oleh Apple.Tapi adakah ini mustahil tanpa mendapat apa-apa update dari Apple sendiri?Jawapannya ada.

Memperkenalkan SiriToggles, iaitu salah satu tweak yang menawarkan arahan tambahan untuk Siri.Di bangunkan oleh Hamza Sood,iaitu salah satu developer untuk iOs jailbreaker, Siri kini mampu untuk mengaktifkan atau menutup beberapa jenis tools seperti Wi-fi, Bluetooth, kawalan cahaya (brightness), reboot iPhone 4s anda dan beberapa perkara lagi.

Siri Toggles juga membolehkan para pengguna untuk melancarkan(launch) aplikasi menggunakan Siri, sesuatu yang kebanyakan pengguna iPhone4 harapkan sejak daripada awal Siri di perkenalkan kepada umum.

Berita baik yang sampai dengan tweak ini adalah,Sood bercadang untuk tidak mengenakan sebarang bayaran bagi tweak ini, yup, TANPA SEBARANG BAYARAN, FOC, free of charge.Sekiranya anda mempunyai iPhone4s yang telah di jailbreak, anda bolehlah melawat ke Cydia.

SiriToggles sekarang boleh di dapati di Cydia dan anda tidak perlu menambah apa -apa Source kerana ia wujud di dalam senarai tweak dari BigBoss.

Video tentang SiriToggles boleh di lihat di sini.

Nota:Kini facebook dan twitter boleh di launch dengan menggunakan Siri ;).

Sumber: iphonehack, google



Tiada ulasan:

Catat Ulasan