Khamis, 17 November 2011

Instagram

Instagram, awok ado?adalah satu perlian kepada awok yang ada smartphone tapi belum download Instagram.Ahaks~Mesti tertanya-tanya apa benda Instagram ni?


Instagram ni boleh di umpamakan sebagai twitter, cuma kalau twitter tu tempat kita kongsi perasaaan melalui perkataan, tapi Instagram ni tempat kita kongsi gambar.


contoh2 gambar instagram

Instagram juga menawarkan penapis "filter" yang boleh diguna pakai berdasarkan mood anda.terdapat 17 filters ke semua nyer, dari yang normal, amaro,rise,lomo, inkwell, hefe, 1977 hinggalah Kelvin.


filters

Kita juga boleh berinteraksi dengan rakan-rakan yang mempunyai Instagram dengan cara 'follow' seperti di twitter.Jadi news feed kita akan setiasa ada update dengan gambar-gambar terbaru rakan-rakan yang di tangkap menggunakan kreativiti masing-masing.Kita juga boleh meninggalkan komen atau vote untuk like gambar-gambar tersebut.Gambar yang mengumpul jumlah like yang paling tinggi akan di senaraikan untuk masuk ke senarai gambar popular.

Jadi apa tunggu lagi, mulalah menangkap gambar bermula daripada hari ini.Kalau anda mempunyai iPhone atau iPod Touch, Instagram boleh didapati dengan percuma.

Kalau ada instagram jangan lupa follow saya @radin_fadli :-D .Happy snapping people!!

*Images sumber dari google

I'm a typo, are you?

2 ulasan: